Sunday, May 31, 2009

Salah ke perjuangkan bangsa sendiri?


 


 

Disebabkan cita-cita seorang manusia mahu menjadi PM, seluruh bangsa Melayu kacau bilau, perpecahan yang bertambah ketara sementara yang lain macam HINDRAF naik minyak.

Masing-masing yang kata UMNO rasis tu tidak sedar diri mereka hidup sekarang ini pun kerana ehsan dan perjuangan UMNO dulu-dulu.

Tetapi biasalah, Melayu mudah lupa. Senang sikit sahaja sudah berubah. Sangat susah berterima kasih dan mensyukuri nikmah Illahi dan tidak rasa bertuah jadi rakyat Malaysia.

Ada apa dengan PKR? Apa SEBENARnya yang sedang mereka perjuangkan. Waiyazubillah, kalau pakatan pembangkang memang pun tidak mungkin Anwar akan jadi PM. Ramai dari PAS juga terliur nak jadi PM. Masing-masing mendabik dada boleh jadi pemerintah Malaysia.

Kesimpulan yang sedih adalah orang Melayu bertambah keliru dan berpecah. Hanya kerana satu manusia yang nak berkuasa. Sekarang ada sorang lagi di Perak.

Kita pun hairan bagaimana orang macam ini ada banyak tenaga dan idea tak habis habis siang malam pagi petang, menghasut menghasut menghasut supaya rakyat benci pada pemerintah sekarang.

Banyak betul tenaga nak buat fitnah dan mencaci orang lain. Mengapa tidak guna masa dan tenaga untuk bantu penduduk di bawah kawasan masing masing yang telah keluar mengundi menjadikan mereka MP atau ADUN? Bukankah Gaji mereka dibayar untuk bekerja untuk rakyat sama ada mereka Pemerintah atau Pembangkang?

Apa salahnya UMNO perjuangkan untuk orang Melayu. Habis kalau UMNO tak perjuangkan untuk orang Melayu, kita nak harap Karpal Singh dan Lim Kit Siang perjuangkan untuk orang Melayu??

Lim Kit Siang tak perjuangkan untuk bangsa dia ke? PAS Kelantan kata mereka tidak perjuangkan perkauman, cubalah kalau orang luar nak berniaga di Kota Bahru atau di pasar Siti Khatijah. Lihat apa reaksi orang Kelantan.

Jangan cuba mainkan sentimen kaum untuk kepentingan peribadi dan politik sendiri.


Tidak ada satu bangsa yang tak sayang pada bangsanya sendiri.

Thursday, May 21, 2009

‘Dilema Melayu Anwar’


 

Terjemahan post dari blog Rockybru:

Seorang kawan mengirim satu emel kepada saya kelmarin bertanyakan samada saya telah membaca artikel mengenai Malaysia yang tersiar dalam majalah The New Yorker. Artikel bertajuk 'The Malay Dilema,' itu dipinjam daripada buku kontroversial penulisan Dr Mahathir.

Saya rasa artikel tersebut lebih sesuai diberi tajuk 'Anwar's Malay Dilema.' Jika diberdasarkan sepenuhnya pada artikel tersebut untuk menganalisa politik Malaysia, kemungkinan besar seseorang itu akan bertanggapan Malaysia sebuah negara yang tidak lagi mempunyai harapan, kerana masa depannya terletak hanya di tangan seorang individu.

Artikel berikut petikan daripada emel kawan saya itu:

Rocky, sejak sekian lama saya merenungkan kenapa sebagai seorang anak muda Melayu, semangat saya begitu lemah sejak pulang pada 2005. Rakan-rakan saya yang bukan Melayu secara terbuka berkata ia kerana 'orang yang mempunyai warna kulit macam awaklah' Malaysia semakin jauh terjerumus ke longkang bersama arus air limbah. Setelah membaca artikel ini, saya mula memahami kenapa. Inilah realiti yang berjaya diwarnakan oleh Anwar berhubung orang Melayu dan Malaysia. Menerusi blog dan media Amerika, dia telah berjaya menggambarkan realiti ini ke dalam pemikiran rakyat Malaysia dan dunia luar. Artikel ini dihantar kepada saya oleh seorang kawan di Amerika Syarikat yang menggunakan nama samaran 'Nasi Lemak,' berserta komen berikut. Sebaiknya anda membaca komen-komen tersebut selepas membaca artikel itu. Saya percaya ia akan menarik perhatian anda.

Komen yang menyusul;

Anwar tidak akan berjaya menjadikan dirinya seperti Aung San Suu Kyi Malaysia. Apa taknya? Lebih 2/3 pertama kariernya sebagai ahli politik dia dianggap personaliti paling kuat dalam Junta.

"Begitu banyak post blog dan komen telah disiarkan mengenai Anifah dan "mulut besarnya," tetapi tiada seorang pun tergerak untuk mengaitkannya dengan kempen perhubungan awam (PR) dan strategi Anwar menggoda Amerika, yang telah pun dilancarkan sejak sekian lama. Cuba baca artikel dalam majalah The New Yorker itu. Setelah membacanya, apa yang saya bayangkan ialah Malaysia sebagai sebuah negara neo-teokrasi begitu mundur, di mana para panglima perang UMNO memerintah menggunakan cara fundamentalis Islam hingga keadaan menjadi begitu buruk sekali. Apa yang tersirat pula ialah kononnya Anwar seorang tokoh yang ikhlas; yang sentiasa patuh kepada agama dan menganggap dirinya "pesuruh tuhan" bagi menyelamatkan negara. Semua ini karut belaka! Ia tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh Ahmad Chelabi apabila dia berusaha meracun pemikiran awam Amerika hingga mempengaruhi negara itu menceroboh Iraq - dia melalukan ini dengan cara menggambarkan Iraq sebagai sebuah negara musuh ketat Amerika. Dan pengaruhnya itu begitu berjaya. BN kini mengalami masalah rasuah dan apati. Ya, begitu banyak dasar Malaysia yang ketinggalan zaman dan tidak berkesan, terutama berhubung isu kaum. Ya, memang benar rakyat dah naik jemu – semuanya ya! Tetapi amat keterlaluan tindakan menyamakan kita dengan parti Baath Iraq yang buta kepada segala yang berlaku di dunia, dan mengandaikan kita satu bangsa yang membuta bersikap anti semitik. Fikirkanlah balik. Anwar seorang penderhaka dan pembelot negara yang sebenarnya. Dia dengan rakus dan licik memburukkan Malaysia di seluruh dunia, tetapi hairan mengapa ramai yang menyokong tindakannya. Mereka berkongsi pendirian dan sikap yang sama - sikap menderhaka dan membelot kepada negara!

Orang ramai akan mempercayai apa yang mereka ingin percaya, dan mendapatkan apa saja yang mereka inginkan; itulah kehidupan. Anwar menjadikan dirinya pemangkin kepada segala tanggapan serong rakyat Malaysia - menggunakan segala rungutan sebagai wadah perjuangan songsang untuk menjadi Big Boss di Malaysia. Mungkin juga mereka ini memerlukan seorang petualang seperti itu untuk memperjuangkan segala kekecewaan mereka. Tetapi, demi Tuhan, ketahuilah apa bentuk wadah yang anda gunakan. Mungkin anda tidak menyerdari ianya sebuah mangkuk tandas.

Apa yang diperkatakan Anifah bukan sesuatu yang baru - sesiapa saja yang mempunyai sedikit-sebanyak minat tentang Malaysia akan pernah mendengar mengenai tuduhan berhubung Altantuya (kawan-kawan Amerika saya pun pernah membacanya di beberapa laman web berita antarabangsa, dan sebenarnya mereka tak ambil pusing pun mengenai apa yang berlaku di dunia sebelah sini.)

Dengan tersiarnya artikel majalah The New Yorker itu, masyarakat intelek Amerika kini akhirnya disedarkan mengenai Malaysia. Negara ini semakin menonjol di skrin radar mereka sebagai sesuatu yang kotor dan tidak kena. Apa yang dilakukan oleh Anifah, dalam konteks ini, pada pendapat saya tidak salah. Baik juga Setiausaha Negara Amerika Hilary Clinton tidak begitu berminat terhadap apa yang dilakukan Anwar (sementara mempertahankan pegangan Amerika kepada kedaulatan dan proses undang-undang semasa perbincangan yang menyusul.) Saya rasa beliau menyedari sesuatu yang tak kena ketika itu, terutama memandangkan segala kaitan Anwar dengan petualang neo-con pencetus perang seperti Paul Wolfowitz. Saya berani bertaruh, beliau tahu bagaimana Chelabi menggunakan Wolfowitz (dan juga sebaliknya), dan tidak akan mengambil risiko untuk mengusahakan satu lagi agenda bodoh. Dan tidak mengambil kira segala usaha pincangnya, Anwar tidak mungkin akan mampu menyamakan dirinya seperti Aung San Suu Kyii Malaysia. Mana boleh? Kan sepanjang 2/3 kariernya dia tokoh paling kuat dalam Junta?

Saya memang telah menjangkakan komen ini, seperti juga komen-komen lain yang mempunyai maksud sama akan diketepikan dan dipersendakan. Tetapi, buat masa ini, tindakan dan trend paling popular ialah menghentam dan memperlekehkan kerajaan. Semua kawan saya melakukannya.

Wednesday, May 20, 2009

Perak : Merujuk ke mahkamah bukan penyelesaian


Situasi politik pekat seperti yang berlaku di Perak bukan sesuatu yang boleh diharapkan kepada mahkamah untuk diselesaikan secara berkesan.

Kehakiman hanya sesuai dirujuk bagi menyelesaikan isu-isu perundangan, bukan isu politik.

Mahkamah sekadar menawarkan penyelesaian secara satu persatu dan bukan secara menyeluruh. Ekoran itu, disebalik selaput resolusi undang-undang, kita melihat sebuah kolam takungan kotor dipenuhi polarisasi dan isu-isu yang memeningkan – isu-isu di mana tiada mahkamah boleh hapuskan segala perbezaan, keruntuhan harmoni dan kegilaan.

Oleh yang demikian, tindakan merujuk kepada mahkamah sesuatu yang sia-sia. Kedua-dua pihak perlu akur kepada keadaan bahawa perbincangan dan tolak ansur antara satu-satunya resolusi berkesan.

Thursday, May 14, 2009

Where people power ends and institutional power begins (on behalf of the people)


Democracies that are entrenchedly rooted to the Rule of Law, are Nations of Laws, not of Men.

It is the Assembly and not the who people determine who becomes MB by giving/withholding support.

So, by going back to the people against the wishes of the majority ADUN, who were, invariably elected by the people during an officially convened election, naturally transgresses the right and role of the Assembly, who were mandated to represent the people.

There has to be a demarcation of sorts as to where the people play their part and where it ends when they surrender their mandate into the hands of their duly elected representatives. The people have a chance to elect their constituency representative every five years, or earlier if the good Sultan agrees.

And this is clearly entrenched within the Constitution, which says it is the Royal Prerogative. Henceforth, To force the Sultan to agree is to deny him his constitutional discretion.

I believe We must accept supremacy of laws over groups of people to be safely anchored as a nation based on laws.

And let us not forget there is an orderly way for the people to legislate law. Disorderliness is equal to anarchy, and anarchy begets lawlessness and misery.