Tuesday, June 12, 2007

'Mereka berjaya bunuh Proton' - Tun Mahathir

"Segala usaha mereka selama ini untuk membunuh Proton nampaknya telah berjaya," demikian keluh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Katanya, segala tindakan yang telah diambil oleh pengurusan baru Proton akan berakhir dengan berkuburnya syarikat nasional itu.

"Dan hari ini, kita akan lihat pembunuhan satu industri nasional, inilah pandangan saya, tetapi mereka tidak perlu menerimanya," katanya kepada pemberita selepas meraikan kepulangan kumpulan pendaki Merdeka de Everest di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas perkembangan terakhir dalam syarikat automotif nasional dan beliau masih lagi dilantik sebagai penasihatnya.

Kenyataan ini kali pertama dikeluarkan Dr Mahathir dalam tempoh hampir sebulan setelah diarahkan berehat oleh doktor berikutan serangan jantung bulan lalu.

Saham Proton Holdings Bhd semalam meningkat mendadak berikutan berita bahawa ia hampir memuktamadkan perjanjian perkongsian dengan Volkswagen AG.

Saham proton meningkat kepada RM7.05 pagi semalam berikutan laporan bahawa Volkswagen dijangka memegang ekuiti dan kawalan pengurusan operasi utamanya.

Laporan itu menyebut Volkswagen akan mengambil alih 51% pegangan dalam satu syarikat baru yang akan memegang aset Proton seperti pembuatan, penyelidikan dan pembangunan, kejuruteraan dan juga unit UK Lotus.

Proton bagaimanapun akan mengekalkan unit pengedarannya, demikian menurut laporan itu.

Dr Mahathir mengakui bahawa Proton memang memerlukan rakan kongsi taktikal tetapi ia perlu sentiasa kekal sebagai industri nasional.

Ditanya mengenai perkembangan terbaru itu sebagai penasihat Proton, Dr Mahathir mengulangi kenyataan yang kerap diberikannya: "Saya hanya penasihat pada nama saja. Saya tidak diminta memberi pandangan. Saya hanya akan diberitahu setelah keputusan dibuat.

"Lagipun ini tugas kerajaan yang lebih berkuasa. Kalau kerajaan tidak mahu sokong Proton, matilah Proton. Saya bagi pandangan tapi tidak pernah diterima."

Ditanya langkah yang perlu diambil kerajaan untuk menyelamatkan Proton, Dr Mahathir menjawab sinis:

"Proton patut dijual kepada syarikat luar supaya kita tidak ada lagi syarikat kereta nasional. Syarikat kereta nasional ini satu projek mega, jadi kita tidak perlu ada. Dulu Malaysia boleh, sekarang tak boleh."

Dipetik dari MSTAR ONLINE. Oleh Oleh Sa'odah Elias

Pandangan Sempit Presiden IIM: Rasuah ahli politik tidak membimbangkan


Saya terkilan dengan pendapat Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh bahawa dakwaan berkaitan rasuah terhadap golongan tertentu hanya tanggapan dan andaian semata-mata.

Beliau, dengan sekadar berpandukan kepada laporan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkata tidak ramai ahli politik terbabit dengan rasuah berbanding penjawat awam dan masyarakat umum.

Beliau selanjutnya berkata seluruh fraterniti politik terbabit dengan tanggapan perlakuan rasuah yang meluas kerana mereka sering menjadi perhatian masyarakat.

Pandangan Dr Mohd Tap dianggap terlalu sempit, pertama, kerana ia hanya berpandukan laporan daripada BPR dan andaian peribadi semata-mata.

Sebagai seorang yang mengetuai sebuah badan seperti IIM, beliau sepatutnya lebih bersikap analytical jika tidak “empirical” dalam pemutusannya berhubung perkara-perkara seperti ini.

Apakah beliau tidak menyedari bahawa konsep rasuah begitu meluas? Ia boleh meliputi perkara-perkara “remeh” seperti menggunakan harta kerajaan walaupun sebentar untuk urusan peribadi, melewatkan tugas, malas berkhidmat untuk masyarakat dan negara, mengamalkan sikap pilih-kasih dan banyak lagi.

Dalam konteks ini beliau seharusnya mengajukan cadangan supaya Parlimen mentafsir semula perundangan berhubung pengertian rasuah daripada sekadar memberi dan menerima wang bagi tujuan yang melampaui prosedur tertentu.

Monday, June 11, 2007

Zaharin Yassin: Pejuang kebenaran yang munafik.

Inilah respon saya kepada posting blog Zaharin Yassin, seorang bekas Gurkha UMNO yang kini tak laku. Postingnya boleh di baca di sini.

Assalamuálaikum Zaharin. Mengucaplah banyak-banyak. Aku pun kritikal mengenai pentadbiran Pak Lah, tetapi taklah sampai apa saja yang dilakukan dipertikai dan disalahkan.

Aku bukan org UMNO tapi aku kenal kau. Kalau kau sanggup memfitnah PM sebegitu ingat tak semasa kau di pejabat di Tmn Setiawangsa pada tahun-tahun 90an dulu?

Kau ingat tak berapa kali staf kau nak menghubungi kau dipejabat tetapi tak dapat kerana kau sibuk berkurung dalam bilik pejabat dengan betina.

Aku tiba pada satu petang ketika kau tengah muncul dari bilik dengan perempuan itu dengan rambutnya masai, ginju berselepet, coli tak keharuan dan termengah-mengah?

Apa ni Zaharin? Sekarang bila kau dah jadi gurkha tak laku baru kau sedar dan sebaliknya menggunakan selitan-selitan dari agama untuk mencerminkan peribadi yang baik konon...sudahlah...

False Conspiracy Theory

Been following the revelations by Raja Petra Kamaruddin alleging Putrajaya's links with Malaysian organised crime syndicates. Read it here.

Not going into details and sparing readers a convoluted piece, I only have to say that the claim is baseless. For one, BK Tan does not exist! It is, nevertheless, a great attempt to taint the integrity of the Prime Minister and the government of Malaysia.

If it is so real and so true, as a loyal Malaysia I cordially invite Raja Petra to help make a police report and sue the Government. If he or anyone else do not have the strength or even responsibility to do this, the revelations shall forever remain a dark fairy tale.