Sunday, March 9, 2008

Mangsa terbesar PRU ke 12


Kekalahan adalah hadiah hari jadi Samy Vellu apabila kecundang di Sungai Siput semalam. Ia juga mencatat sejarah hitam bagi MIC.

Berbanding kemenangan 100 peratus yang dicatat pada pilihan raya umum 2004, kali ini MIC hanya memenangi tiga daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandingi dan keputusan menunjukkan parti itu kalah semua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang dan Selangor, dan semua selain satu di Perak.

Parti itu bagaimanapun berjaya memenangi empat kerusi yang ditandingi di Johor.

Samy mempertahankan kubunya di Sungai Siput sejak 1974.

Bagaimanapun, setiausaha agung parti itu Datuk S. Subramaniam and seorang lagi calonnya S.K. Devamany terselamat apabila masing-masing memenangi kerusi Parlimen Segamat dan Cameron Highlands.

Ketua Penerangan MIC M. Saravanan menang kerusi Parlimen Tapah.

Timbalan presiden parti G. Palanivel tumbang di Hulu Selangor mananakala naib presidennya S. Sothinanthan kalah di Parlimen Teluk Kemang.

Seorang lagi naib presiden MIC S. Veerasingam, yang berpindah daripada kerusi Parlimen Tapah ke Sungkai, juga kalah.

Ketua Pemuda MIC S.A. Vigneswaran turut menjadi korban apabila kalah bagi kerusi Parlimen Kota Raja, manakala Ketua Wanita MIC mengalami nasib serupa di Kapar.

Di Subang, muka baru S. Murugesan juga kecundang dalam cubaan pertamanya untuk menjadi wakil rakyat.