Thursday, January 1, 2009

Bukan “tahun baru”...jadi, tak ada ucapan


Bagi blogger ini tahun baru yang disambut secara meriah dengan letupan bunga api di ibu negara puluhan negara tidak membawa pengertian ketara.

Selain dijadikan alasan untuk bersuka-ria, ia tidak bermakna...

Tahun baru Islam menampakkan diri pada 29 Disember lalu, tetapi letupan yang mengiringi peralihan tahun itu bukanlah bunga api, sebaliknya hujan peluru berpandu dari tentera udara Yahudi ke atas wilayah Gaza di Palestin. Ia bukan disambut dengan tangisan kegembiraan, tapi tangisan ketakutan dan kepiluan kanak-kanak, orang tua dan wanita yang tidak berdosa...

Apakah ini realiti tahun baru?

Tahun baru kalendar Gregorian disambut dengan keterujaan dan kesukaan tepat 12 malam semalam, tetapi ia hanya topeng kepada realiti yang dasyat menghimpit kemanusiaan.