Thursday, February 26, 2009

Anwar, Al Gore, Albright, Biden dan jutawan Yahudi, Haim Saban...



Semasa Anwar berceramah di Bintulu, Sarawak pada 21 Februari 2009, dia  memaklumkan dua minggu lagi dia akan kembali ke USA untuk menemui Al Gore.

Pertemuan itu dijangka melaporkan dua perkara :

1. Perkembangan kes liwat terbaru yang membabitkan dirinya. Kelmarin (25 Feb), Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Zabidin Mohd Diah menolak bantahan awal Anwar supaya Mahkamah Tinggi tidak mendengar kes tersebut. Hakim berpendapat mahkamah tinggi mempunyai jurisdiksi luas dan boleh mendengar kes Anwar.

Terdahulu Sulaiman Abdullah, ketua peguambela Anwar menarik balik afidavit untuk membatalkan peguamcara negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden daripada menjadi ketua pasukan pendakwaan. Hakim memutuskan Datuk M. Yusof boleh meneruskan menjadi ketua pasukan pendakwaan.

Anwar menganggap ini sebagai tanda-tanda kesemuanya tidak menyebelahi dirinya, maka dia terpaksa ke Amerika untuk membuat laporan kepada Amerika melalui Al Gore.

2. Anwar akan mengadu kepada Al Gore dengan memberitahu "keburukan" Malaysia sempena kunjungan Presiden Barack Obama ke Malaysia bulan depan. Anwar dijangka meminta Amerika campur tangan supaya mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kesnya. Mungkin ada juga agen Amerika di sini selain Anwar yang mencadangkan perkara yang sama.

Al Gore merupakan mentor Anwar sejak 1998, pada masa dia menyandang jawatan Naib Presiden Amerika. (Cuba diimbas kembali betapa biadab Al Gore ketika berkunjung ke Malaysia dan memberi ucapan di Kuala Lumpur semasa kemuncak keghairahan reformasi Anwar.)

Setelah tidak lagi menjadi Timbalan Presiden Amerika, Al Gore kini kembali berpengaruh setelah parti Demokrat memenangi piliharaya Amerika. Melalui Setiausaha Negara Amerika yang baru, Hilary Clinton (isteri mantan Presiden Bill Clinton), dia mempunyai akses kepada Obama.

Seorang lagi kawan baik Anwar, ialah Joe Biden yangg dipilih menjadi Naib Presiden Amerika. Semasa kes liwat 2008, Joe Biden antara tokoh-tokoh politik Amerika yang menyokong Anwar.

Madeleine Albright

Baru-baru ini Anwar sanggup tidak hadir pada upacara pembukaan parlimen kerana dia ke Doha, Qatar, untuk bertemu Madeline Al Bright, bekas Setiausaha Negara semasa pentadbiran Bill Clinton.

Anwar berforum bersama Madeline Al Bright dalam program anjuran Brookings Institution dan The Saban Center for Middle East Policy. The Saban Center adalah badan penyelidikan kepada Brookings Institute yang ditaja oleh Haim Saban, seorang tokoh  korporat Yahudi di Amerika.

Haim Saban

Pengarah Saban Center adalah Martin Indyk, seorang pegawai kanan semasa pentadbiran Clinton yang juga aktif dalam AIPAC (The American-Israel Public Affairs Committee)

Anwar pula penasihat antarabangsa untuk Brookings Institution. Perlantikan itu dicadangkan oleh kawan baiknya, Jim Wolfensohn, yang juga mengambil dia menjadi ahli Jawatankuasa IMF di Bank Dunia pada 1998.

Bermakna Anwar sekarang sedang melobi habis-habisan dengan Parti Demokrat, terutamanya puak Clinton untuk meneruskan misinya sebagai agen Amerika di era Obama.

Percutian Elizabeth Wong selama sebulan juga dikatakan mempunyai kaitan dengan usaha Anwar di Amerika. Dipercayai Anwar telah menghantar Elizabeth untuk melobi Amerika habis-habisan bagi membantu Anwar dan PKR di Malaysia.