Saturday, July 11, 2009

Orang Melayu diketepikan dalam 'inner circle' MB Selangor


Si Khalid ni keturunan apa, ya?

Dengar khabar orang Jawa, tapi ada juga yang mengatakan dia berketurunan Melayu semenanjung asal. Tak kisahlah...yang penting dia menggelar dirinya Melayu.

Tetapi, yang anihnya kenapa sikap tidak mempercayai orang Melayu hinggakan jawatan penting yang sulit di mata kerajaan diberikan kepada bukan Melayu?

Lihat saja:

1. Datin Paduka Low Siew Moi dilantik sebagai Penasihat Kewangan MB;
2. Tricia Yeoh dilantik sebagai Pegawai Penyelidik dasar-dasar Awam kepada MB;

Walaupun telah dilantik, kedua-duanya dengar khabar belum lagi mengangkat sumpah menyimpan rahsia kerajaan.

Dalam pada itu, sejak Khalid memegang teraju kepimpinan Selangor sebagai Menteri Besar, belum ada perlantikan orang Melayu di pejabat MB untuk dipertanggungjawabkan berhubung tugasan rahsia...

Macam Singapura pulak kaedahnya apabila ada had bagi melantik orang Melayu.