“HAK ASASI MANUSIA TIDAK SAMA DI MANA – MANA
DISINI, DEMI IKLIM PEMBANGUNAN YANG BAIK
KEMERDEKAAN BERPOLITIK HARUS DIBATASI
MENGATASI KEMISKINAN
MEMINTA PENGORBANAN SEDIKIT HAK ASASI”
- dipetik daripada Sajak Seorang Tua Dibawah Pokok, Okt 1977
Wilibrodus Suleiman Rendra, 74 tahun yang dikenali sebagai Wahyu Sulaiman Rendra setelah memeluk Islam pada Ogos 1970, menghembus nafas terakhir di sebuah hospital di Jakarta semalam berikutan sakit jantung.
Rendra antara penyair kontemporari paling unggul Indonesia.
Allahyarham meninggalkan 11 orang anak daripada tiga isteri. Jenazahnya dikebumikan di Bengkel Teater, Citayam, Depok, Jakarta.
Rendra pernah menerima beberapa anugerah sastera, termasuk Penghargaan Adam Malik 1989, SEA Write Award 1996 dan Penghargaan Achmad Bakri 2006.
Blogged with the Flock Browser