Berikut terjemahan kenyataannya yang disiarkan dalam Malaysia-Today pada 13 Julai 2007:
“Semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, isu berhubung blog dan laman web sekali lagi dibangkitkan. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak. Abdullah Ahmad Badawi berada di luar negara pada waktu itu, tetapi dianggap sedang ‘bercuti” – jadi, beliau hanya duduk di rumah sambil menikmati percutian sementara timbalannya mempengerusikaan mesyuarat. Sebenarnya, jika difikirkan, Abdullah telah ‘bercuti’ sejak 1 November 2003, iaitu pada hari beliau mengambil alih daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke 5.
Dalam mesyuarat tersebut para pemimpin UMNO telah melahirkan kebimbangan mengenai perang siber yang jelas tidak mampu dihadapi oleh parti itu. Walaupun wujud pasukan petugas siber yang ditubuhkan di ibu pejabat UMNO tidak beberapa lama dulu, namun blog dan laman web alternatif masih lagi bermaharajalela tanpa mampu ditangani oleh UMNO.Ketidakmampuan ini jelas memperbodohkan parti itu dan Majlis Tertinggi mahu sesuatu dilakukan.
Di antara laman web yang menjadi fokus serangan siber ialah Malaysia-Today. Pada mulanya, pasukan petugas siber yang dipanggil ‘cyber-troopers UMNO’ sengaja membanjiri laman web tersebut dengan ‘posting’ yang tidak bermanfaat. Hampir kesemua posting itu tidak mempunyai kaitan langsung dengan artikel, berita atau laporan khas yang tersiar di dalam Malaysia-Today. Mereka hanya mampu membuat salinan (copy) dan melekatkan (paste) teks-teks yang tiada hujung pangkal dan terus-menerus membanjiri blog-blog Malaysia-Today dengan posting yang sengaja dilakukan berulang kali, hingga ada kalanya sampai melebihi 500 kali.
Walau bagaimanapun dilakukan, pihak kami berjaya membersihkan dan membuang kesemua posting kosong berkenaan. Seterusnya cubaan oleh pasukan siber UMNO disekat daripada menyerang Malaysia-Today hinggakan mereka tidak lagi dapat membolos masuk.
Apabila ditanya mengapa serangan siber terhenti, ahli paskan siber UMNO seramai 35 orang itu menjawab mereka tidak lagi dapat membolos masuk untuk mengeposkan sebarang mesej di Malaysia-Today kerana alamat IP mereka telah disekat.
Bagaimanapun, ahli-ahli pasukan petugas juga mempersoalkan strategi misi itu. Mereka kata, “apakah yang harus dijawab ?”; kerana apa yang diterbitkan oleh Malaysia-Today adalah benar dan Abdullah yang sepatutnya memberi jawapan kepada segala dakwaan yang tersiar. Mereka merasakan dakwaan-dakwaan tersebut bukan saja benar tetapi disiarkan bersama bukti dan dokumen-dokumen sokongan.
Usaha Ibu Pejabat UMNO akhirnya menemui jalan buntu. Mereka menyedari bukan saja ahli pasukan petugas tidak lagi dapat menyempurnakan misi mereka, tetapi sebaliknya mereka pula yang dipengaruhi oleh apa yang dibaca dalam Malaysia-Today. Bukan saja pasukan siber UMNO tidak berkesan, malahan mereka mula bersetuju dengan apa yang tersiar di laman web dan blog-blog berkenaan.
Memandangkan keadaan itu, pada mesyuarat baru-baru ini Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan untuk menukar strategi. Pasukan siber 35 anggota itu tidak lagi boleh diharap untuk menjalankan misi menyerang-balas dan menangkis segala pembohongan di Internet, terutama yang kononnya segaja direka oleh Malaysia-Today. Majlis Tertinggi merasakan perlu bagi satu lagi pasukan ditubuhkan tetapi kali ini beroperasi di luar Ibu Pejabat UMNO dan di seluruh pelusuk negara. Dengan cara ini dirasakan sukar bagi Malaysia-Today menyekat alamat-alamat IP kerana alamat-alamat tersebut akan berubah dari hari ke hari.
Kali ini Norza Zakaria dan Azalina Othman ditugaskan untuk mengetuai pasukan petugas siber yang baru. Pasukan itu akan dianggotai 25 anggota yang setiap seorang dibayar RM2,750 sebulan. Mereka juga boleh menuntut sebarang kos dan perbelanjaan berkaitan dengan tugas mereka. Segala perbelanjaan tentu sekali akan ditanggung oleh pembayar cukai. Bajet bagi keseluruhan operasi berjumlah kira-kira RM5 juta setahun. Dengan cara ini mereka berharap menjelang akhir tahun pertama, Malaysia-Today akan dibubarkan. Jika tidak pun, lagi RM5 juta akan diperlukan bagi operasi seterusnya pada tahun kedua – atau mungkin juga mereka akan menawarkan untuk membeli Malaysia-Today dengan harga RM10 juta dan menyelesaikan masalah ini.
Dengan penyusunan pasukan siber 25 anggota yang baru di seluruh pelusuk negara, penyerangan baru akan bemula. Mereka telah mengeposkan banyak mesej berulang-kali di blog-blog, kebanyakannya yang bersifat peribadi berhubung ‘Anwar main buntut’, ‘Raja Petra Dibayar oleh Anwar untuk Menyerang UMNO’, ‘Malaysia-Today Mereka-reka Pembohongan dan Fitnah’ dan banyak lagi. Strategi mereka ialah untuk sekali lagi membajiri Malaysia-Today dengan posting dan mesej-mesej tidak bermanfaat sehingga para pembaca akan terasa mual dan jemu dengan kualiti ‘perdebatan’ di laman web/blog berkenaan dan seterusnya tidak lagi berpaling kepada sumber itu sebagai saluran alternatif.
Mereka sebenarnya sedar yang mereka tidak akan berjaya menangkis apa yang disiarkan oleh Malaysia-Today. Seperti mana telah diakui UMNO sendiri, macam mana nak menangkis apa yang diterbitkan Malaysia-Today walhal apa yang dikatakan laman web/blog itu benar belaka.
Mereka memutuskan hanya ada satu cara untuk menanagani isu Malaysia-Today, iaitu dengan membuat kacau di blog-blog tersebut dengan harapan sebahagian besar pembaca akan akhirnya dapat membuat kesimpulan bahawa komen-komen perdebatan tidak bermutu di Malaysia-Today akan mengurangkan tarikannya.
Ada di antara kawan-kawan kita yang mencadangkan kita melawan api dengan menggunakan api. Mereka telah memberikan saya nama anak-anak gadis yang menurut mereka adalah pasangan lesbian Azalina. Mereka juga menawarkan butiran-butiran terperinci mengenai masa, lokasi mereka berjumpa dan apa yang dilakukan mereka. Mereka juga memberikan saya senarai salah-laku seksual Norza. Jika hendak dipercayai apa yang mereka mendakwa, Khairy Jamaluddin boleh dianggap sebagai macam malaikat jika dibandingkan dengan yang lain-lain. Saya bagaimanapun telah memutus tidak akan menggunakan sebarang maklumat yang ditawarkan. Saya tidak mahu diperlakukan seperti ‘kerbau dicucuk hidung’. Mengapa harus saya menyumbang kepada usaha-usaha untuk merendahkan martabat Malaysia-Today dengan serangan-serangan peribadi dan kata-mengata?
Ya, saya berhasrat untuk mendedahkan segala kesalahan golongan yang berada di koridor-koridor kuasa negara. Bagaimanapun, saya akan melakukan semua ini kerana mereka sepatutnya berkhidmat untuk rakyat dan dibayar gaji untuk tujuan itu. Kita perlu menyedari bahawa kita hidup di atas wang pembayar cukai. Oleh itu, sekiranya mereka mencabuli kepercayaan dan mandat yang diberikan rakyat, maka memang patut pun mereka didedahkan. Tetapi, dalam usaha melakukan ini kita tidak sepatutnya melangkaui batasan-batasan tertentu. Dalam erti kata lain, kita perlu mematuhi peradaban dan kesopanan walaupun pasukan petugas siber UMNO tidak mematuhinya.
Anda mungkin menyedari bahawa saya telah membuang banyak mesej yang mengata Azalina dengan pelbagai ungkapan yang tidak elok disebutkan. Pelbagai tuduhan juga dilemparkan terhadap Norza berhubung macam-macam salahlaku seksual. Saya tahu ramai daripada anda tidak suka dengan apa yang saya lakukan hinggakan ada yang menuduh saya menerima wang dari UMNO berikutan apa yang dilihat sebagai tindakan saya ‘melindungi’ pemimpin-pemimpin UMNO.
Anda perlu faham, jika kita membenarkan mesej-mesej yang menuduh Azalina dan Norza berhubung salahlaku seksual dan kegiatan perhubungan sejenis, maka kita sekali gus perlu membenarkan mesej-mesej yang juga melemparkan tuduhan terhadap orang seperti Anwar sebagai penggemar hubungan sejenis.
Perlu diwujdkan satu standard untuk semua dan bukan standard yang berbeza-beza untuk lain-lain orang. Apa yang saya maksudkan, perlakuan seksual sejenis Azalina dan kegemaran Norza menyetubuhi isteri orang tidak membawa erti langsung dalam konteks misi saya. Itu semua soal peribadi masing-masing. Apa yang kita ingin tahu: apakah mereka ini pemimpin yang baik atau apakah mereka telah merompak rakyat? Itulah isu yang penting.
Oleh itu, saya menyeru pada semua pembaca: pertama, janganlah bertindak-balas sedemikian cara. Janganlah kita merendahkan martabat ke tahap mereka. Hentikanlah mengepos mesej-mesej berhubung kegemaran seksual Azalina dan Norza di Malaysia-Today. Sebaliknya marilah kita menumpukan perhatian kepada persoalan bagaimana negara diuruskan atau diporak-perandakan. Kedua, kadangkala anda mendapati ratusan mesej tak bermanfaat yang sengaja bertujuan menaikkan darah. Seperti saya juga, bersabarlah. Saya akan berusaha membuang kesemua mesej tersebut dan seterusnya menyekat mereka yang melakukannya daripada mengulangi perbuatan itu. Bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa saya bukan sentiasa berada di rumah atau di depan komputer saya. Oleh itu ada kalanya berlaku kelewatan dalam usaha pembersihan. Kebanyakan serangan ini berlaku di waktu malam di antara pukul 11.00 hingga tengah malam - pada waktu anasir-anasir ini merasakan yang tiada orang sedang mengawasi atau memantau blog-blog.
UMNO telah mengisytiharkan perang terhadap Malaysia-Today, termasuk laman-laman web ‘alternatif’ lain, amnya. Kita akan berdepan dengan segala apa yang mereka lakukan. Kita tidak akan lari atau bersembunyi. Saya dilahirkan di England oleh seorang ibu berketurunan Welsh dan ayah yang juga bapa saudara kepada Sultan Selangor sekarang dan sepupu kepada almarhum Yang DiPertuan Agong. Saya mendapat pendidikan di Alice Smith School, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Victoria Institution di Kuala Lumpur. Oleh itu, saya perlu menegakkan nama-baik keluarga dan institusi yang mendidik saya. Saya tidak akan merendahkan maruah dan martabat saya kepada tahap di mana anggota pasukan siber UMNO berada.
Anda juga perlu faham bahawa anggota-anggota pasukan siber UMNO adalah budak-budak kampung yang berpendidikan sekolah Melayu dan berpemikiran kolot. Jika mereka dijemput ke majlis makan malam di restoran yang mahal dan eksklusif mereka tidak akan tahu menggunakan mana satu pisau makan atau garpu untuk hidangan permulaan dan kelengkapan mana satu untuk hidangan utama. Mereka akan mencicah roti ke dalam sup dan menghirup sup dengan bunyi yang kuat. Mereka ini bukannya orang daripada golongan yang beradab atau bersopan, jadi janganlah mengharapkan mereka mampu menunjukkan keperibadian dan peradaban bertamaddun.
Mereka juga adalah golongan yang membantah apabila Tian Chua dan N.Gobalakrishnan memasuki Masjid Negara semasa kemuncak tunjuk perasaan reformasi dulu. Pada mereka Tian Chua dan Gobala adalah kafir dan tidak sepatutnya dibenarkan menjejak kaki ke dalam masjid walaupun setiap hari berbas-bas orang Jepun, Taiwan, Orang Putih dan lain-lain memasuki Masjid Negara. Mereka adalah pelancong. Mereka membelanjakan banyak wang di Malaysia.Oleh itu mereka boleh memasuki masjid kerana mereka dianggap kafir yang bersih. Orang bukan Islam tempatan dikira sebagai kafir yang kotor.
Inilah cara pemikiran anggota-anggota pasukan siber UMNO. Jika anda tidak menyukainya, seperti mana Ahli-Ahli Parlimen UMNO sentiasa menjerit dan melolong semasa perdebatan di Parlimen, anda boleh angkat bungkus dan balik ke negara China atau India atau mana saja tempat anda berasal. Apabila Ahli-Ahli Parlimen UMNO sebagai pemimpin pasukan siber itu berfikir dan bercakap sedemikian rupa, apakah kita merasakan yang budak-budak kampung yang diupah mereka ini akan berkelakuan lebih elok?
Jadi, janganlah terkejut apabila mendapati semakin banyak serangan menghujani Malaysia-Today – serangan oleh budak-budak kampung yang merasakan Malaysia dimiliki orang Melayu dan kesemua yang bukan Melayu adalah pendatang dan perlu menutup mulut; jika tidak, akan dimuatkan ke bot-bot dan seterusnya dihanyutkan di Laut China Selatan atau Laut Hindi. Sebenarnya, kalau diberikan peluang mereka mungkin akan sekali gus menukar nama Laut China Selatan kepada Laut Malaysia Timur dan Laut Hindi kepada Laut Malaysia Barat. Inilah gerangan orang yang kita sedang hadapi. Dan inilah juga orang yang sedang menyerang Malaysia-Today dan akan terus melakukannya di minggu dan bulan-bulan akan datang.
Saya merayu kepada semua pembaca Malaysia-Today supaya jangan mempedulikan mereka. Saya akan mendedahkan banyak lagi perkara pada masa-masa akan datang. Hari ini juga saya akan mendedahkan satu lagi kejutan berhubung ketidakupayaan dan ketidakcekapan kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Oleh itu, bersedialah untuk melihat peningkatkan jumlah seragan daripada pasukan petugas siber UMNO lewat hari ini. Jika anda berkesempatan bertemu dengan mana-mana anggota pasukan petugas siber UMNO dan berupaya mengukur tahap minda mereka, saya percaya untuk menjadi pemandu pun anda tidak akan sanggup mengambil mereka. Inilah tahap mental pasukan petugas siber UMNO. Mereka adalah hasil daripada pendidikan Melayu. Saya percaya anda tahu apa ertinya itu. Bagaimanapun, buat sementara waktu teruskan melewati Malaysia-Today walaupun perlu menapis ratusan mesej-mesej tak bermanfaat. Lagi mereka menyerang kita, lagi saya akan mendedahkan salah-laku dan kepincangan yang berlaku. Malaysia-Today akan menunjukkan kepada anda siapa yang anda telah mengundi sebagai pemimpin. Mereka yang bergerak di koridor-koridor kuasa adalah individu-individu yang lemah dan pincang – mereka akan akhirnya menjadikan negara ini seperti rejim-rejim tentera di Afrika.
Ok, kepada semua anggota pasukan petugas siber UMNO...kita bergelut...saya sentiasa bersedia.