Amat terkilan saya membaca posting berkenaan di blog GerbangRuhanie dimiliki Datuk Ruhanie Ahmad yang dipetik dari Laman Marhaen.
Tidak pasti apa motif blogger yang mengaku diri sebagai warga Malaysia jati ini, lebih-lebih lagi yang menjadi anggota UMNO selain pernah mewakili parlimen Parit Sulong yang lantang bersuara untuk mempertahankan manifestasi keramat parti itu.
Aah, sehala-galanya kembali kepada sikap tamak tak terbendung yang sering menggugat nafsu kalangan orang politik. Apabila berada dipuncak bersama kerajaan dia menduduki 'moral high-ground', seolah-olah semua dalam pembangkang salah dan jahil belaka, tetapi apaibila tersisih dia sendiri memakai kulit pembangkang yang pernah dikecamnya habis-habisan.
Tidak, kita tidak memilih blogger ini kerana pendiriannya yang jelas terdorong oleh nafsu serakah, tetapi kita mempersoalkan apa motifnya seolah-olah menyokong segelintir anggota pembangkang yang jelas bertindak liar di Kuala Terengganu minggu lalu.
Blogger seperti ini hanya memalukan bangsa dan negara dengan sikap opportunis tanpa batasan. Biar apa saja modal atau peluru yang ditemui akan dipergunakan sepenuhnya bagi memperjuangkan agenda tamaknya, walaupun dalam proses yang sama menggadai maruah bangsa dan reputasi sebagai orang Melayu.
Premis di antara penternak babi dan perusuh di Kuala Terengganu adalah amat bebeza. Sama juga dengan isu tunjuk perasaan oleh ratusan kaum India di Putrajaya baru-baru ini. Tanpa mempedulikana konteks dan keadaan, blogger jahil ini mengumpulkan ketiga-tiga isu dan mengutarakannya sebagai modal untuk melolong macam anjing gila.
Begitu mudah baginya untuk meraih simpati dari PAS, orang Melayu dan orang Islam dengan melaga-lagakan isu tersebut. Dia sedar betapa sensitifnya orang Melayu dan Islam terhadap isu babi, dan apabila berlaku 'stand-off' di antara pengusaha ladang babi dan pihak berkuasa di Melaka beberapa hari kemudian dan disusli rusuhan di Kuala Terenggaanu, blogger ini dengan mudah mengambil kesempatan.
Saya agak memahami penulis blog pembangkang lain di atas pendirian mereka, tetapi bagi blogger seperti Ruhanie Ahmad dan Zaharin Yasin, saya berasa agak jijik kerana pendirian yang tak berperinsip langsung!