Thursday, September 20, 2007

Siapakah binatang jalang yang melakukan itu?


Beberapa blog sebentar tadi memetik satu laporan BERNAMA berhubung pengesahan mayat kanak-kanak perempuan yang dijumpai di dalam beg sukan di PJ baru-baru ini.

Masih payah untuk saya mempercayai mayat anak perempuan yang dijumpai itu Nurin Jazlin Jazimin 8 tahun. Sebagai ayah kepada seorang anak gadis, saya begitu memahami perasaan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika mengunjungi pasar malam berhampiran rumahnya bulan lalu.

Sekiranya benar fakta dan hasil DNA yang disiasat polis, saya hanya mampu menghadiahkan al-fatihah untuk rohnya...