Tuesday, February 10, 2009

Bukan sekadar Realpolitik, tetapi undang-undang nyata


Walaupun ada yang berkata apa yang berlaku di Perak disifatkan sebagai 'realpolitik' yang membawa kepada 'fait acompli" bagi pihak BN, namun apa yang nyata memberi kesahihan kepada pengembalian kuasa kepada BN jelas terkandung dalam perlembagaan negara.

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat.

Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar perlu membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)) kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.