Saturday, July 11, 2009

Agenda gelap Pakatan disebalik pindaan enakmen pentadbiran agama

Sedarlah bahawa percaturan hak perlantikan yang didalangi Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim merupakan sesuatu yang perlu dipandang serius oleh seluruh bangsa Melayu beragama Islam.

Oleh kerana menyedari agenda gelap yang jelas tersirat disebalik persekongkolan komponen Pakatan, iaitu DAP, PAS dan PKR, pindaan memberikan kuasa kepada Sultan Selangor melantik terus ahli MAIS tanpa perlu dicadangkan oleh MB harus dipertahankan sekeras-kerasnya.

Kaedah perlantikan yang diusulkan oleh MB dalam hal ini menjurus kepada berlakunya krisis perlembagaan kerana rata-rata kita memahami 'absolucy' Sultan menentukan pentadbiran agama Islam negeri.

Cuba kita renungkan sedalam-dalamnya...apakah tujuan Khalid sebagai Menteri Besar begitu inginkan kuasa mutlak dalam menentukan hala-tuju hal-ehwal Islam, walhal ratra-rata kita menyedari betapa dia sekadar kuda tunggangan DAP dan elemen-elemen anti Islam...