Sunday, November 9, 2008

Dakwaan penipuan pemilihan ketua bahagian UMNO Sg Petani: laporan polis dibuat


Satu laporan polis dibuat beriutan dakwaan berlaku unsur penipuan dalam pemilihan ketua bahagian Umno Sungai Petani semalam.

Laporan itu dibuat oleh seorang pemerhati mesyuarat tersebut, Salim Hashim, di ibu pejabat polis Kuala Muda, tengah malam tadi.

Salim mendakwa berlaku unsur-unsur dalam pengiraan undi bagi jawatan ketua bahagian.

Pertandingan merebut jawatan ketua bahagian itu membabitkan dua calon - Datuk Azizan Abdul Rahman dan Ali Yahya.

Azizan adalah ketua Umno cawangan Pekan Tikam Batu manakala Ali adalah bekas setiausaha politik bekas menteri besar Kedah, Datuk Mahadzir Khalid.