Sunday, January 18, 2009

KT tidak menolak BN...


Jika disorot, sebenarnya orang Kuala Terengganu tidak menolak UMNO atau BN. Yang mereka tolak ialah pilihan calon yang tidak sesuai dan tidak mampu memenuhi cita rasa setempat.

Seperti yang dianalisakan oleh blogger 'A Voice', segala-galanya menjurus kepada hakikat 'lokasi!,lokasi! dan lokasi!'. Lokasi pengertian penting dalam pemikiran parokial tempat seperti Kuala Terengganu, yang walaupun telah diberi taraf bandarraya, tetapi masih terperangkap dalam minda parokial dan 'insular.'

UMNO dan BN perlu menerima hakikat ini sebagai satu lagi pengajaran yang boleh dimanfaatkan semasa pilihan raya undangan negeri di Sarawak nanti. BN masih bertaring dan relevan, tetapi cara menangani krisis masih jauh dan mempelajari daripada kesilapan masih menunggu...

Keadaan semasa pada UMNO dan BN umpama berjumpa dengan tabungan berlian, tetapi tidak tahu cara untuk mendapatkannya...